* POST POST LAIN *

Wednesday, December 2, 2015

.:: Cameron Highlands, Pahang ::.

Bismillah.. :)
Assalamualaikum

#throwback..

Hai korangggg..asal masuk je blog mesti kena kasi cuci ini sawang dulu..Al-maklum rajin bebeno updatenya..#throwback..mestilah kisah ni dah berlaku lama..dan pastinya ifa baru nak masuk entri..huhu

Peristiwa: Family Day Staff Library Zon 8, Perak
Tarikh: 9hb - 10hb November 2015
Tempat: Cameron Highlands, Pahang
Penginapan: Apartmen Desa Anthurium, Tanah Rata

Hmmm..Cameron Highlands memang tempat yg sgt menarik utk bercuti..kawasan tanah tinggi yg sgt terkenal dgn tanaman teh dan strawberi..sbb tulah Cameron Highlands menjadi destinasi pilihan kami utk buat family day kali ni..Xdelah jauh sgt..kedudukannya di antara Perak dan Pahang je pun..
Berkonvoi 9 buah kereta..tempat berkumpul, Petronas Simpang Pulai..dah naik smpai Kg.Raja terasa dah kesejukan..nyaman je 

Niat memula, kami nak singgah mana2 tempat sebelum pegi check in kat Desa Anthurium..penginapan kami kat Tanah Rata..alang-alang dah naik dr Simpang Pulai akan tempuh Kg.Raja, Tringkap tp disebabkan kami pegi tu cuti umum, maka susahlah nak dpt parking..singgah yg mana dan je dulu..semua destinasi bersambung ke hari ke2..

Butterfly Garden, Cameron Highlands
Ambil peluang ber'honeymoon' ntah kali ke berapa..hehe..Oh ye, nak masuk ke Butterfly Garden ni caj dikenakan sebanyak RM5 utk dewasa dan RM2 utk kanak-kanak..enjoyyyy!!

Wefie time..haha

Kami sebenarnya memang gila-gila..tengok jela aksi2 bergambar tu..semua pantang jumpa camera..berebut-rebut nak ambik port supaya muka memasing dpt masuk dlm gambar..kelakar kan??sebenarnya banyak lg aksi2 kegilaan kami..tp cukuplah letak yg ni je ye..malu kat orang..hehe

Antara tarikan kat Cameron Highlands ni adalah Lavender Farm dan MARDI..nak masuk MARDI caj dikenakan sebanyak RM3 utk dewasa..Lavender Farm plak caj sebanyak RM6 utk dewasa dan RM4 utk kanak-kanak 5thun ke atas..


Dan tarikan yg paling bestttt ladang teh nya yang  terbentang luas..saujana mata memandang..Subhanallah sgt2 indah..byk lg tempat menarik kat Cameron Highlands ni..tak abis pusing dlm masa sehari

Percutian dlm Malaysia pun best apa..support pelancongan Malaysia kita..ok bye
Gudnite smua, sweet dreams


Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading