* POST POST LAIN *

Thursday, October 15, 2015

.:: Laksa Mee Pangkor ::.

Bismillah.. :)
Assalamualaikum

Hye..salam ceria buat semua bloggers..moga sihat2 sokmo ekkk
Entri kali ni 'cite dari dapur'..dlm erti kata lain kita main masak2..hehe

Ifa nak tanya korang ni..penah dengar tak makanan yg diberi nama "Laksa Mee"..apa, tak penah dengar?? tak tau pun ye makanan tu camne??..hahh, meh sini ifa kongsikan utk korang semua..bg yg tak tau memang agak pelik..tp bg yg penah cuba, sekali rasa terus jatuh cinta..hihi

Sesapa yg pernah dtg ke Pulau Pangkor..mesti akan jumpa dgn laksa mee ni..sbb makanan ni hanya popular di Pulau Pangkor je..laksa mee ni makanan yg simple je..laksa mee + sup + sambal + kacang panjang..ramai yg bertanya ifa mcmana nak dptkan laksa mee ni, mcmana resipi nak buat laksa mee ni..laksa mee ni ifa tak tau samada kat tempat korang ada jual ke tak..klu xde, bleh order dgn ifa..hehe..utk cara masak, meh sini ifa ajarkan..cewaahhhh mcm pandai sgt je..hihi

Bahan-bahan yg diperlukan.. lagak mcm chef tak..haha..ifa buat step by step ye bg korang faham

Bahan-bahan utk buat sambal:
Cabai kering 
Bawang merah
Bawang putih (dihiris)
sedikit air asam jawa / asam keping
sedikit garam
sedikit minyak utk tumis

Cara membuat:
1. Cabai kering dan bawang merah dikisar. Kemudian, panaskan minyak.
2. Setelah itu tumis bawng putih sehingga naik bau, dan masukkan cabai yg telah dikisar tadi.
3. Masukkan air asam jawa atau asam keping. Diikuti dgn garam. Biar sehingga cabai betul2 masak.

**********

Bahan-bahan utk buat kuah:
4 ekor ikan kembung (suka hati nak potong atau nak biar sekor2)
nak gnti dgn ikan lain pun bleh tp yg isinya manis..nk ganti dgn seafood pun bleh
bawang merah (dihiris)
bawang putih (dihiris)
daun sup, daun bawang
garam
asam keping
sedikit minyak utk tumis

Cara membuat:
1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumiskan bawang merah dan bawang putih. Setelah naik bau, masukkan air (ikut nak kuah tu byk mana).
2. Kemudian masukkan asam keping. Agak hampir nak mendidih masukkan ikan. 
3. Masukkan garam. Rasa dah ok, masukkan daun sup dan daun bawang yg telah dihiris. Tunggu hingga mendidih.

**********
Bahan utk awas2:
Kacang panjang
Carrot
Fish cake (suka hati nak letak atau tak)
Sedikit garam
Bawang merah (dihiris)
sedikit minyak utk tumis

Cara membuat:
1. Kacang panjang dan carrot dipotong kecil2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah.
2. Masukkan kacang panjang, carrot dan fish cake. Goreng jangan sampai terlalu masak. Perasakan dgn garam.

Dan yg terakhir..utk laksa mee tu..didihkan air dlm peiuk atau kuali..kemudian msukkan laksa mee dan celur sehingga lembut. Tp jgn terlalu lembik. Lepas tu bilas dgn air bersih dan toskan.
Taraaaaa..siapppp

Pulau Pangkor
Laksa Mee Pangkor
                                   
Nak makan..campurkan je semuanya dlm mangkuk atau pinggan. Lepas tu makan..Hmmm yummylicious




Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading