* POST POST LAIN *

Friday, June 28, 2013

.::. Temasya Balapan Dan Padang SKSP ke-26 .::.

Assalamualaikum


Wooo..aku amik cuti semata2 nak g tgk temasya ni..dulu guna nama "sukan tahunan" tp skang dah tukar jd "temasya balapan dan padang".. canggih ckit.. dah bape thun x tgk bdk2 sukan sbb keje..tp thun ni aku trmkn pujuk rayu anak sdare..dia pujuk supaya aku dtg sbb dia msuk acara perbarisan dan lari 100m.. so, aku pun isi la form cuti tahunan

mmg meriah, teringat zaman budak2 dulu bla time sukan je smua acara klu bleh nak msuk..dulu nak lari pun ringan je rase mcm ditiup angin.. tp skang nak tamatkan 50m pun dah semput.. bdn makin berat.. huhu
dulu wlupon bdn kecik tp stamina ckup.. jgn xtau, aku penah trpilih ke final dlm acara lontar peluru..tp x menang pun..hahaha..kira ok la kan pncapaian smpi final


duyung maskot mewakili rumah hijau...


tapak sulaiman maskot mewakili rumah merah...


spongebob maskot mewakili rumah kuning...


ikan jerung maskot mewakili rumah biru...


ini aku..xde kene ngena ngan maskot..haha


wif anak buah..


kanak2 berkumpul kat tgh pdg tuk diumumkan pemenang rumah..


keputusannya.. rumah kuning kekal juara..tahniah!!dua thun sudah menjulang piala



Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Saturday, June 22, 2013

.::. Jom, Kasi Usharrr Yang Ini .::.

Assalamualaikum..

haloooo smua..thank 4 visit blog ni.. pd yg click ads thanks so much - klik la lg byk2 ekk - hehe
kali ni nak tnjuk brooch baru..merelip relap kata ko..lalala :D
korang nak x brooch cumel2 ni?? bleh pilih mana2 suka.. bleh tgk kat tab menu atas tu 'brooch'.. klik kat situ then pilih yg mana korang nak..
nak buat GA or segment mcm x bape nak pandai + x bape nak ade masa, apakata korang buat, sy jd sponsor kecil-kecilan.. hahaha, bleh idak??kita blogging, buat segment skadar suke2 tuk rapatkan silaturrahim kan, x kisah lah hadiah kecik ke besar kan.. jnj ada hadiah


klu brminat nak buat segmen + GA dan perlukan sponsor 'kecil-kecilan' juz let me know.. ekekeke.. serius nih!!



Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Thursday, June 20, 2013

.::. Happy Birthday Nur Jannatul Adnin .::.

Assalamualaikum..

Happy birthday to you.. Sapa Nur Jannatul Adnin ni?? ade kene mengena ngan aku ke?? hehe..
opkos la ade, dia ni anak buah aku.. hari ni genap usia dia 4 thun.. mmg teramat buas + nakal bdaknya.. byk ragam pun ye gak.. ckit2 nak melalak..adoiiii!! tp nak kata apa kan, dah feel bdak camtu.. ntah2 perangai aku lg teruk pd dia dulu.. haha.. smua org ckp dia ni byk ikut perangai aku.. hrap2 bila dia besar nanti, jgn ikut mcm makteh dia ni haaa...
sblm terlupa + aku merepek pnjang, nak wish happy birthday pd sesapa yg menyambut ulangthun kelahiran pd bln Jun ni.. dlm famili aku ade 3 org lahir dlm bln Jun.. 1) tentulah aku sndri  2) bdk brtuah ni Nur Jannatul Adnin  3) anak buah aku gak, Muhammad Hafiey Irsyaduddin, dia lahir 21 Jun.. thun ni umo dia 2thun..
masa jamuan mkn sempena birtday bdk kecik ni ptg td, baru tau rupanya kakak jiran sebelah umah + suaminya pun lahir bln Jun.. kakak tu selang sehari je dr aku..thun dpn bleh celebrate sama.. hehe..suami dia ujung bln ni.. dulu masa skolah pun rmai kwn lahir bln Jun.. siap dpt kembar 10 Jun lg masa tu.. suke3!

Jom layan pics yg sempat snap td.. sebuk layan bdk2 smpi x smpat nak snap.. aku pun xsmpat nak pose..huwaaaa menci2!!


choc drop cake ( aku la yg tempah kek ni )


bkn 1 tau kek tp 2.. yg kecik tu tiramisu blueberry cake


haa..ni la birthday girl.. masa majlis ni td pun smpat dia wat perangai.. hangin je aku nihh!!



menu x byk pun.. ade laksa mee, mee goreng, agar2 bandung, kentang goreng dan air oren sunquick je


masa potong kek.. turut serta abi + abg2 dia 


ni kwn2 library pangkor..


tgk birthday girl mkn.. dia sorang2 je menyorok tepi almari.. dia ni klu mkn mmg berselera.. tp jgn ade sape2 kacau atau tegur.. klu x abis la, huwaaaaaa lg..sakit telinga
setakat ni saje la celoteh aku..jmp lg nti..



Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Monday, June 17, 2013

.::. Selamat Hari Bapa .::.

Assalamualaikum..

Selamat Hari Bapa buat ayah tersayang Omar Bin Din yg kini sedang mengerjakan umrah tuk kali yg ke berapa pun sy xtau..tp dlm thun ni kali ke-2.. wlupun kini ayah berada beribu batu jauhnya yg x terjangkau tuk digapai namun ayah tetap dihati dan diingatan.. moga ayah slamat pulang kepada kami yg sentiasa mgharapkan ayah di sisi..

tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu
hingga sekarang baru aku sedar
ia sudah melimpah ruah..

kerana ayah aku di sini
kerana ayah aku gembira
kerana ayah ku terasa bahagia

sejak kecil aku dibesarkan dengan pnuh kasih sayang
sejak kecil aku dimanjakan
ketika aku mengalah.. ayahlah semangatku
ketika aku sakit.. ayah penawarku
ketika aku bersedih.. ayah airmataku
ketika aku ketawa.. ayah kerianganku
dan ketika ayah berduka??
aku harap akulah penawar duka lara ayah

.. No DAD is perfect
but you're the best DAD
I could ever have ..
Happy FATHER's DAY.. luv u so much



Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Sunday, June 16, 2013

.::. Menang Tempat Ke3 Hasya Collection GA .::.

Assalamualaikum..

sy dpt topup dari hasyasurfina.. alhamdulillah
sy suka, sy suka (mcm mei mei upin ipin lak).. :)
wlupon sy nak shawl half moon tu, tp dpt topup lg best kot..hehe
tahniah pd pemenang no.1 + no.2



Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Monday, June 10, 2013

.::. Happy Birthday Ifa .::.

Assalamualaikum
10hb JUN 1984 tepat jam 9.55 pagi lahirlah seorang baby yg diberi nama Latifah Binti Omar (klasik gituuu..) siapa baby tu?? heyyy..semestinya sy laaaa.. korang nak tau x mcmana sy bleh dpt nama tu..cite mak n ayah  doktor tu brkenan ngan tahi lalat sy yg kebetulan sama ngan pelakon veteran seniwati Latifah Omar (takziah padanya yg telah kembali ke rahmatullah smlm 9.6.2013) mgkin doktor tu peminat setia pelakon tersebut..tp tahi lalat sy kecik jerr..huhu
Alhamdulillah, syukur dipanjatkan pd Maha Pencipta kerana DIA masih memberi kesempatan tuk aku bernafas di bumiNYA ini..
" SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YG KE-29 IFA ".. semoga brtambah imanmu seiring usiamu, semoga terus menjadi anak yg taat, semoga brtmbah matang dlm membuat kptsan,  semoga berjaya di dunia dan di akhirat (doa utk diri sndri.. insyaAllah) Haaaa.. 29 thun dah umo sy, cptnya masa brlalu. Bila umo dah makin meningkat..mulalah nak lari diri, nyorok2 dr mak2 sdare, sepupu sepapat, sahabat handai.. bcoz what??sbb diaorang ni mst akan tny, bla hang nak kawen? bla nak mkn nasi minyak ko? (nak mkn nasi minyak, jom aku blanje kat kdai mamak)..kehkehkeh.. bleh dikatakan stiap thun + hari diaorang ni tny, dan stiap kali tu gak sy akan jwb "thun dpn smpai lah jodoh..tgu ye tp jgn x dtg plak bla aku dah jemput nanti" hahaha..jwpn klise! thun ni mst rmai yg menunggu bla sy nak anta kad jemputan..confirm xdela kan sbb sy pun masih menanti bila lah insan tu nak msuk minang sy..huh perasan! Ade ke?? heyy, stop ok tny soklan cepuk kayu nih.. rimas tau

sy bkn x laku ok! cuma sape sy nak halang perjalanan yg telah ditentukan oleh Yang Maha Esa.. sy merancang tp tetap jua ALLAH yg menentukan.. mgkin ada hikmahnya kawen lambat ni..dpt duk ngan mak ayah lama ckit..hehe.. at least bleh berbakti pd mak ayah sementara blom ada komitmen lain yg lbih besar.. bialah sy capai impian sy dulu, wlupon tau xkan smuanya mampu sy capai.. sguhpun berkahwin trmasuk dlm salah 1 bucket list sy, tp soal jodoh tetap sy serahkan sepenuhnya pd DIA.. 


haaa..pd blogger(s) yg pgil sy 'adik' pasni kene tukar panggil 'akak' ye.. jgn bg sy perasan slalu muda..hahahah.. pd mereka yg x henti mendoakan yg terbaik wat sy, terima kasih..


gmbar diambil 1hb Jun yg lalu.. dlm feri masa blik dr majlis tunang abg.. peace no war



Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Thursday, June 6, 2013

.::. Header Sudah Tukar .::.

Assalamualaikum..

stelah penat memerah otak cari idea tuk design header baru, akhirnya sy berjaya jugakkkk.. mgkin hasilnya x secantik korang2 yg dah pro dlm bab2 mengedit.. tp sy tetap bangga dgn hasil usaha sy.. hahaha -gelak bangga namanya tu.. :D :D


stelah sy rase nak hempuk2 laptop yg tak brsalah ni..inilah hasilnya..salah sndri sbb tak pandai tp nak lepaskan geram kat laptop.. ada ke patut?? ish,ish..jgn mare ye cayang..lappy ni la yg byk brjasa pd sy dlm mencari rezeki, membantu dlm keje2 heavy dan semestinya tuk berblog.. hehehe

nmpak sarat sgt plak header tu.. xpelah, nanti sy edit lain (klu rajin)..
tggal belog ni jap.. ade keje nak buat
jmpa di entri yg lain... tataaaaaaaaaaa



Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

.::. Takziah Buat MB Perak dan Keluarga .::.

Assalamualaikum...

"..Sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali.."

Seusai solat maghrib smlm, ayah tergesa-gesa balik minta kunci van jenazah.. hati trtnya2 "eh, ayah nak watpe ngan kunci van jenazah? sapa yg meninggal?".. tp soalan tu dilupakan sekejap.. sy terus berlari tuk amik kunci tu..masa nak bg kat ayah, baru sy tnya "ada org meninggal ke yah?" jwb ayah "haa, pak jaapar".. sy yg masih trkejut terus brlari gtau kat mak plak.. mak pun sama trkejut 

Sebenarnya org yg kami pggil Pak Jaapar ni adalah bapa kedua (bapa tiri) Dato' Zambry (MB Perak).. umah mak MB ni selang 3 buah je dr umah sy.. kami trkejut dgn pemergiannya sbb baru 2 hari lpas kami nmpak dia ada di sini setelah lama dirawat di hospital.. tulah - sihat sakit, jodoh prtemuan, ajal maut smua ditangan ALLAH - tiada siapa yg tau.. 

Org ramai masih memenuhi prkarangan umah melawat arwah buat kali terakhir..jln mmg sesak dgn kehadiran kenalan2 MB dr luar yg turut sama hadir.. Raja Nazrin juga dtg dgn helikopter.. jenazah akan dikebumikan di Masjid Teluk Raja Bayang, Pangkor.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dlm golongan org2 yg beriman dan bertaqwa..amin

Al-Fatihah...


Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Wednesday, June 5, 2013

.::. Berjuta Kawan Seribu Sahabat .::.

Assalamualaikum..

       Persahabatan wujud dari satu perkenalan dengan sepuluh pertanyaan, 100 keyakinan dan 1000 pengorbanan serta berjuta-juta perjuangan dengan satu keikhlasan? Mencari kawan dan membina perkenalan tidaklah sepayah mencari sahabat dan membina persahabatan. Daripada seribu orang kawan mungkin hanya seorang yang layak dipanggil sahabat.
       Siapakah sahabat? Dia sanggup berada bersama kita dalam keadaan apa sekalipun. Ketika kita masih orang kecil, dia teman ke sana ke mari, ketika kita sudah menjadi orang besar, dia tidak terhegeh-hegeh mencari peluang. Tetapi dia di situ, sedia untuk menyokong kita supaya tidak rebah. Tanpa pengetahuan kita dia sanggup berkorban membetulkan persepsi silap masyarakat terhadap kita. Dia berperanan sebagaimana kita masih orang kecil dahulu tanpa sebarang kepentingan. Tatkala payung kita kuncup dia datang membawakan payungnya untuk kita. Lalu kita sama-sama berteduh di bawahnya. Jika payung kita kecil dan tidak muat untuk kita berdua, dia rela basah ditimpa hujan asalkan kita tidak basah sebagaimana dia. Seorang sahabat itu sanggup memberikan apa sahaja yang kita perlukan manakala apa yang kita perlukan itu ada di tangannya. Dia tidak mengharapkan balasan tetapi jujur untuk memelihara persahabatan. Di manakah anda hendak mencari seseorang yang seperti ini? Sebab itulah mungkin seorang pun payah hendak dicari daripada seribu orang yang ada.
       Seorang sahabat seperti digambarkan dalam ejaan JUMAAT - jujur, unggul, matang, asli, amanah dan teguh - Dia jujur, maka boleh diletakkan kepercayaan untuk tolong lihat-lihatkan keluarga kita tatkala kita berpergian. Dia unggul, maka kita boleh bersandar pada dia tatkala kita hilang motivasi diri. Diamatang, maka kita boleh dapatkan nasihat-nasihat berguna atau merujuk masalah-masalah semasa yang kita hadapi. Dia asli, maka peribadinya bukan ikutan atau tidak mudah luntur, tetapi selari dengan kehendaknya sebagai insan bertuhan. Dia amanah, maka ciri-ciri ini sangat diperlukan dalam persahabatan. Dia teguh, maka kita boleh bergantung padanya pada sangat-sangat getir.
       Itu ciri-ciri sahabat. Tentu payah untuk mendapatkannya. Ia payah sebab kita sendiri tidak bersikap seperti itu. Kalau kita bersikap seperti itu, semua yang akan datang kepada kita adalah orang yang seperti itu. Jadi, usah harapkan orang berbuat baik kepada kita kalau kita sendiri tidak dapat melayaninya dengan lebih baik. Usah harapkan datang seseorang yang memiliki sifat-sifat jujur, unggul, matang, asli, amanah dan teguh kalau kita sendiri seorang yang curang, lemah, berfikiran singkat, mudah terpengaruh, tidak amanah dan lembek. Persahabatan itu bermula daripada satu bentuk perkenalan. Daripada satu perkenalan yang mudah menjadi erat apabila adanya pertanyaan, saling bertanya saling mahu kenal mengenal. Dari situ lahirnya keyakinan. Meskipun kadang-kadang terpaksa memberikan seribu pengorbanan serta berjuta-juta perjuangan, ia tetap pergi kepada yang satu iaitu keikhlasan.



Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Saturday, June 1, 2013

.::. Hantaran Tunang .::.

Assalamualaikum..

huuffff.. tarik nafas jap.. ahhh nikmatnya dpt meregangkan otot2 smua.. Oppsss, jgn salah sangka ye ngan post title tu.. bkn hantaran tuk sy tp tuk org lain.. bla la nak merasa wat hantaran brg2 sndri kan??huhu.. gedikss je ayat tu..sbenarnya sy baru lps siapkan smua hantaran.. hantaran tunang yg makcik sy order (mak sdare belah ayah)  dan hantaran tunang abg sy yg bakal brlangsung tengahari ni.. tp tuk entri ni sy juz nak cite pasal order dr makcik je.. makcik sy ni duk kat KL, so hantaran ni sy hntar guna pos laju je..

nmpak kotak hantaran ni trlalu simple kan?? sbenarnya sy ikut apa yg makcik sruh wat je.. coz dia ada nak tmbah aksesori lain sama, so tak payahlah sy saratkan kotak ni dulu kan..heheh.. knp 1 kotak je?? sbb makcik nak hadiahkan pd kenalan dia yg nak brtunang 8hb nnt ( hadiahkan ke sedekahkan ekk, x kisahlah jnj korang paham kan maksud sy)
korang tau tak apa isi hntaran nih??haaaa..nak promot ckit!! tentulah kerongsang comel dr cik ifa.. thank u makcik sbb support anak sdare makcik ni.. hehe


okies, smpi sini dulu.. sy baru lpas siapkan sireh junjung ngan kakngah sy (tuk hntaran tunang abg sy)..ni 1st time tau kami wat sireh junjung.. hasilnya xtau la nk ckp kan, ala2 jela.. urat2 + tulang2 sy pun dah menjerit minta direhatkan, so jmp di entri yg lain.. haha, tata...



Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading