* POST POST LAIN *

Tuesday, July 31, 2012

.::. Masak Asam Sotong + Masak Merah Ikan Tenggiri.::.

Salam bersiaran kembali..buat smua reader blog nih..

Harapnya smua masih maintain menjalani ibadah puasa..Ramadhan pastinya menjanjikan sesuatu pengalaman baru tuk ditempuhi..Tahun ni tahun pertama aku n famili menyediakan juadah berbuka tuk org2 masjid (mksud aku bg sesapa yg brbuka kat masjid)..kebetulan ayah adalah imam kat msjid sini..sgala urusan org serahkan pd dia..so, bini dan anak2 dia lah yg jd 'mangsa'..huhu

Ni menu smlm..tarraaaaa!!
Mula aku pun pelik bila ayah suruh masak ni..jd 50% mmg bantuan dr ayah..rupanya senang je..cam msak asam biasa cuma ada ditmbh ckit je bahan lain..

** MASAK ASAM SOTONG **
Bahan2 :
3kg sotong (ikut bersesuaian)
10 ulas bawang - dihiris
1 paket asam jawa (ikut bersesuaian)
sedikit kicap manis
garam
daun sup 
daun bawang
cili merah
minyak

Cara memasak:
Panaskan minyak. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan jus perahan asam jawa, kicap. Setelah hampir mendidih barulah dimasukkan sotong (spy sotong tu x trlampau lembik..t x sdap). Kemudian msukkan garam. Lepas betul2 masak, perlahankan api dan msukkan daun sup, daun bawang dan cili (tuk dijadikan sbg hiasan pun bleh)..dah siap!!


Yg ni plak 1 lg menu tuk smlm..100% resipi dr ayah

** MASAK MERAH IKAN TENGGIRI **
Bahan2 :
Ikan tenggiri (ikut brsesuaian)
Cili kering
3 ulas bawang besar
20 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih - ditumbuk
3 batang serai - dititik
kicap manis
asam jawa (jus nya)
garam
minyak

Cara Memasak :
Ciling kering, bawang besar dan bawang merah digoreng hingga garing. Apabila sejuk barulah dikisar / digiling. Panaskan minyak. Tumis bawang putih yg telah ditumbuk td hingga naik bau. Setelah itu msukkan cili yg telah dikisar, kacau hingga pecah minyak. Msukkan serai. Biarkan bebrp minit, barulah msukkan jus perahan asam jawa, kicap. Msukkan ikan tenggiri, garam dan kacau perlahan2 (spy ikan tu x hancur). Biarkan ia mendidih dan boleh la dihidang..


Yg ni plak adalah kanji..menu wajib tiap2 kali menjelangnya Ramadhan. Klu kat tmpat lain popular ngan bubur lambuknya tp kat Pulau Pangkor ini trkenal ngan kanjinya. Dah brthun2 mak dpt 'tender'. Kitorang masak kat masjid. Mak aku siapkan bahan2 kat umah. Slalunya pas solat Zuhur baru kami akan memulakan tugas di masjid. Apa yg sronoknya aku perhatikan tiap2 thun adalah gelagat org2 yg dtg nak amik kanji ni..kdg2 tu blom smpat msak dah order..apapun, terima kasih sbb masih meminati kanji ni..yg mana xdpt tu lain kali dtg awai..xpun tglkan je bekas ke apa ke..t dah masak kami akan sendukkan..


Ini sj tuk kali ni..gmbar2 tu agak x menarik sbb aku snap masa masih dlm periuk bsar yg kami gunakan tuk memasak..huhu..lokasi memasak kat bangsal belah belakang masjid.

p/s : slamat berbuka puasa..syukuri ngan apa jua nikmat ALLAH..



Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Tuesday, July 24, 2012

.::. Ganjaran Puasa Ramadhan .::.

Assalamualaikum..
Bertemu kembali kita..hari ni dah masuk hari ke4 umat Islam menjalani ibadah puasa (rukun Islam ke3)..slamat berpuasa + slamat berbuka puasa + slamat beribadat kepada ALLAH..semoga kita sama2 mendapat keberkatan Ramadhan
Di sini, sy ingin berkongsi sedikit info..wlupun rata2 smua dah tau kan..tp rasenya x salah tuk kita saling ingat mengingati di samping dpt memperbaiki segala kelemahan diri..bulan Ramadhan dijanjikan ALLAH banyak ganjaran...rebutlah pluang ini selagi kita masih berkesempatan!!


Sekilas pandang mengenai puasa Ramadhan..sebagai panduan untuk sy sendiri dan juga kwn2..bersama2 kita ikhlaskan diri agar lbh diberkati.. Ya ALLAH, sampaikanlah kami kepada Ramadhan, bulan mulia penuh barokah..Aminnn


p/s : klik pd gambar tuk besarkan..Oppss..bersederhanalah ketika membeli juadah berbuka..elakkan pembaziran ye kwn2 :)



Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Friday, July 20, 2012

.::. mAndI LAUt LAgI ~ yUhUUU ~ .::.

Yieeehaaaa...!!mandi laut lg..alamakkk ter'over' lak..hehe sori
kata org kita hny merancang tp Tuhan jua yg menentukan..Alhamdulillah plan tuk mandi laut sempena sblm umat Islam menyambut kedatangan bln ramadan (berpuasa) menjadi gak..rupa2nya bkn la kami yg berniat nak mnd laut..sebaik saje aku smpi kat pantai port biasa tu, penuh ngan manusia2 yg juga tgh pulun mnd..trpaksa la kami cari tmpt lain..t dah brcampur cam x best lak..

apa2pun pose dulu..bdk kecik ni pny la hepi nak mnd laut smpi tgn luka pun wat cam xde apa yg jd..klu tak, mesti dah melalak..sakit..si bulat sorg ni..kasi gua geram je

amboihhh..nak amik gmbar pun dah xnak..mata sebuk duk tgk laut..tp jari menten peace..sabo dik, x lari mana pun laut tu


haaa..time ni la yg paling dinanti2kan..apalg, moh le kita mnd wehhh!! tu la org kata dlm keseronokan tu mst ade tragisnya gak..jgn sangka air yg tenang x berombak (bkn xde ombak lgsg) xde bahayanya..dlm duk hepi2 tu tiba2 akak (acik) aku menjerit..rupanya dia dah dibawa arus laut ke tengah..tp alhamdulillah, nasib baik abg ngah ade tarik tgn acik supaya blk ke pantai..klu takkkkk..xtau la apa yg jd

sesi bermain pasir..time aku syok2 nak wat kolam la dgr acik jerit..sib baik smuanya slamat..aku pun dah sama naik ngan bdk2 main pasir..huhu..jannah sebuk amik air laut nak isi dlm kolam..mana bleh dik oii..xkan penuhnya kolam tu..pas wat kolam, msuk laut blk, berendam last sblom blk..ok, puas dah mndi..jom kita blk



p/s : slamat menyambut kedatangan ramadhan al-mubarak...


Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Saturday, July 14, 2012

.::. Ke Manakah?? .::.

Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur pd Allah krn dgn izinnya kita masih brnafas dibumiNYA..dan aku diberi kesmpatan utk berceloteh kat sini..nak story ckit cite 2 ari lps..2 ari lps aku ke Kuala Kangsar menaiki bus tranasional dr Lumut..wlupun prjlnan hny mengambil masa 2jam tp peningnya pala aku ni hny Tuhan yg tau..rase nak termuntah tp ku tahan jua..huhu
Ade sorg makcik tu (duk bertntangan ngan sit aku)..aku nmpk dia relax je tp ditgnnya trgantung tasbih dan mulutnya terkumat kamit mengucapkan zikrullah..sdgkan aku naik bus td hny membaca bismillah dan doa naik kenderaan saje..


Mmg dah jd tabiat aku sblm ke mana2, samada naik kete atau knderaan awam mst ada bekalan yg akan aku bawa..tuk prjlnan kali ni aku ade 2 kit kat, 1 snickers, 1 polo dan air mineral..trtanya2 x apa tujuan aku ke sana (Kuala Kangsar)??..aku ke sana nak amik polisi client..tp smpat gak aku jmpa widan (classmate aku dlu) tuk sesi prbncangan..5ari sblm tu kami berperang + x bertegur sapa..cam x sedap plak kan..lbh2 lg kami mmg rapat dr dlu smpi skang...Alhamdulillah, hubungan kami dah pulih cam besa..lalalala


Siap smua urusan kami pegi mkn kat Nasi Kandar Pelita..tgk nasi + kuah + lauk + teh O ais + nescafe ais..agak2 korg brp harganya?? smuanya RM23.60..sedap hingga licin pgn..hehe


Balik dr kuala, singgah manjung jmp ain (rakan agent)..lepak2 jap kat Din Tomyam blkg giant tp aku dah x larat nak mkn..minum je..pas dah abis gelak ketawa + bncg hala tuju keje, aku pun minta dri tuk gerak blk..kang lmbt2 trlps feri lak nak blk umah.. Oppss, tahniah ain sbb bakal dpt baby lg...bye bye






Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Thursday, July 12, 2012

.::. tAndA jAtUh cIntA..IyEkE?? .::.

Salam bersiaran kembali..
Td tgk blk inbox emel lama2..rasa mau share sesuatu la..tp tak tau bleh guna pakai or x istilah ni..(istilah ke??)..juz sharing..penah x korang rase camni??
*
*

Bila anda bersama si dia, anda berpura2 tak pedulikannya
Tapi bila si dia tiada di sisi, anda akan melihat sekeliling mencari kelibatnya
Waktu itu anda telah jatuh cinta...

Wlupun org lain sedang membuat anda ketawa,
Anda hanya menumpukan perhatian terhadap si dia
Waktu itu anda telah jatuh cinta...

Wlupun si dia patut menghubungi anda memberitahu dia telah selamat tiba,
Tapi telefon anda tidak berdering, dan anda ingin sgt2 menerima pggilan drpdnya
Waktu itu anda telah jatuh cinta...

Jika anda lebih berminat membaca mail ringkas drpd si dia
Berbanding mail pnjg berjela drpd org lain, anda telah jatuh cinta...

Bila anda terpaksa memadamkan pesanan dari mesin menjwb pggilan
Tetapi anda tidak sggup memadamkan pesanan drpd si dia
Anda telah jatuh cinta...

Bila anda mendpt 2 keping tiket wayang,
Dan anda tak dpt mengelak memikirkan si dia, waktu itu anda telah jatuh cinta...

Anda kerap mmberitahu dri anda dia hanyalah kwn biasa
Tp anda menyedari anda tak dpt mghalang drpd tertarik kpdnya
Waktu itu anda telah jatuh cinta...

Sewaktu anda membaca entry ini, jika seseorg muncul difikiran anda,
Maknanya anda telah jatuh cinta dgnnya...


p/s - seandainya dia adalah yg trbaik..berusahalah utk mndpatkannya..tp jgn lupa pd qadak dan qadar Yg Maha Esa..apapun yg kita rase smua itu 'hint' dariNYA...



Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Wednesday, July 11, 2012

.::. Thank U ALLAH !! .::.

Tiada ucapan lain melainkan SYUKUR padaMU..wlupun dia masih jauh untuk aku gapai tapi setidak2nya Engkau telah memberi aku petunjukMU..dan aku selitkan sedikit harapan..tiada yg mustahil bgMU jika itu yg Engkau kehendaki, maka akan tetap terjadi..TERIMA KASIH TUHAN !!




Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading